Tags

About
Table of Contents
Comments

  Tangan itu memegang kemas majalah yang memaparkan wajah seorang lelaki kacak yang kemas mengenakan kot sambil memegang globe di antara ibu jari dan jari telunjuk kesan CGI menampakkan betapa intermidating rupa paras kacak businessman termuda negara itu.

  Damon Benz. Bukan sahaja muda, malah kacak, memiliki tahap pendidikan yang berprestij dan sangat popular di kalangan wanita seluruh dunia. berpengaruh dalam dunia bisnes.

  "Zara! Kau masih dengan majalah tu lagi?" bebel Sarah di depan pintu bilik air."Kau tahu tak kita ada masa 10 minit lagi sebelum kelas mula?Tak habis-habis usha abang handsome tu."

  "Aku dah lama siap...kau tu yang dari tadi tak habis-habis berdandan macam nak apa.."jawab Zara di atas katil.

  Sambil menyanggul rambut,Sarah mendekati katil lalu menampar betis kawannya yang tayang betis padanya free-free.

  PAP!

  Zara yang baring meniarap atas katil double deckernya itu tersentak bangun dengan muka berkerut. Berdesis sakit kerana tamparan berbisa roommatenya sambil kalut menggosok bekas tamparan itu.

  Dia buka mulut hendak suarakan perasaan."Harap jer badan kecil! Kasar-"tapi terhenti tak lama selepas itu.

  BUK!

  Bantal berbentuk katak hijau hinggap tepat di depan muka Zara. Membuatkan gadis itu memejam mata menahan sabar apabila kata-kata dia tidak sempat dihabiskan.

  "Cepatlah. Berhenti usha dia..."juih Sarah pada majalah berwajah lelaki kacak sebagai front cover itu. Tak boleh dinafikan lelaki itu memang kacak. "Tak bagi faedah pun.." gesa dia.

  "Grrrr...beritahu aku kenapa aku still kawan dengan perempuan ganas macam kau ni!"gerutu Zara dengan kening mencerlung tak puas hati.

  Sarah menjungkit bahu tidak peduli dengan komen itu."Sebab aku hot..no one can resist me.." selorohnya yang menyelak rambut ke belakang bahu dia dengan sassy.

  Zara menutup majalah itu dengan kasar. Berapa kali dia nak beritahu, dia tengok majalah tu bukan sebab ada lelaki muka selenge mintak penampar ni. Tapi sebab dia nak tengok artikel mengenai pertandingan lukisan antarabangsa. Kenapa kawan dia ni tak boleh nak faham!

  "Aku tak usha dia lah..."cemberut Zara sambil turun dari katil dan menyertai Sarah di depan pintu dorm. Sepatutnya mereka ada empat orang dalam satu bilik, tapi dua lagi penghuni bilik itu adalah pelajar senior yang mana sedang cuti semester. Jadi tinggal mereka berdua sahaja di situ. "Boleh tak berhenti cakap macam aku obses pasal dia?"

  "Yalah itu jer yang kau cakap...setiap keluaran majalah tu kau beli...sampai aku rasa kau boleh bukak kedai majalah sendiri dengan semua hasil belian kau tu..."seloroh Sarah sambil menutup pintu bilik dan Zara mula berjalan seiring dengannya merentasi koridor dorm tersebut.

  Zara menjuling mata menyampah dengan kata-kata Sarah. Malas dia nak berbalah. Dia tahu tak kira apa dia cakap sekalipun, Sarah takkan mahu kalah. Dasar perempuan menjengkelkan!

  "Kau dah siapkan peta minda yang Madam Kayla suruh tu ke?"soal Sarah tiba-tiba dekat sisi.

  "Belum..."jawab Zara dengan muka tanpa reaksi. Nak buat macam mana. Gara-gara penat sangat balik lambat lepas kerja sambilan sebagai barista dekat kafe sekitar universitinya, dia langsung tak ada tenaga nak siapkan apa-apa tugasan yang di berikan oleh pensyarah. Apa lagi belajar!

  Such a trouble!

  Sarah menggeleng kepala sambil melepaskan hela nafas pendek.

  "Kau ni tak serius tahu tak..."bebel Sarah yang sikit pun tak nak ambil tahu kenapa Zara tak siapkan kerja. "Kalau kau lalai macam ni apa function kau belajar dekat sini?Habiskan duit mak bapak kau semata?"

  Zara mengocek botol gula-gula getah peppermint dari poket beg sandang. Dengan menggunakan ibu jari, penutup botol itu terbuka. Zara tuang tiga biji gula-gula getah itu ke dalam mulut.

  Macam la dia yang nak sangat belajar dekat sini.

  "Siap ke tak sama jer bagi aku...dia tetap akan gagalkan aku..."seloroh Zara dengan nada bersahaja. Hanya teringat wajah perenggus yang dimiliki oleh wanita berusia 35 itu saja pun sudah membuatkan mood Zara berubah menjadi suram tiba-tiba. 

  Spoilt betul lah!

  "Suka hati kau la..jangan cakap aku tak beritahu sudah."ngalah Sarah.

You may also like

Download APP for Free Reading

novelcat google down novelcat ios down